+6017-7797900 (En. Andi)
admin@homestaytawakkal.com

Kisah Semasa Belajar

Tahun 1997 saya mula melanjutkan pelajaran di Adelaide, Australia dalam jurusan Mech Eng.

Mula2 ke universiti dengan naik bas sahaja…Kemudian dapat pujuk Abah saya untuk beli sebuah kereta terpakai…..dengan duit AUD1000 (RM2k), dapatlah sebuah Mitsubishi yang dah berusia 20 tahun…beli dari senior….yang penting masih boleh berjalan dari point A ke B…

Lepas tu mula minta kerja sebab duit yang diberi JPA tak cukup untuk belanja, saya suka belanja barangan peribadi, macam kasut, baju….ye la org muda la katanya…ikut trend la…tapi poket tak tebal…

Jadi nak kasi tebal, kena la cari kerja part time…lagi2 student uni kalau pandai susun jadual masih ada kesempatan untuk kerja…

Saya mula bekerja sebagai budak penghantar pizza….terus terang saya katakan…nampak macam senang tapi memang mencabar…first, walau saya belajar obersea, tapi actually english saya berterabur….jadi bayangkan bila telefon berdering, saya kena amik order…dah la memang english saya ke laut….time tu la…

Tapi saya ada masalah lain jugak….masalah pendengaran….saya ni masalah sikit kalau Mat Saleh cakap, kadang2 kena minta diorang ulang dua tiga kali sebab tak jelas…ni lagi mat saleh yg order dgn slang pekat yang susah nak paham…tapi alhamdulillah tak pernah tersalah amik order…tapi pernah tersalah amik alamat rumah…so berpusing2 cari rumah customer yang order tu….last2 jumpa gak…tapi lambat…huhu…dugaan…kena marah dengan customer….tapi yang bagusnya Mat Saleh ni, kebanyakan akan beri tips tiap2 kali hantar pizza…

Selain tu ada gak masalah lain…20 tahun dulu mana ada teknologi GPS ni….so memang bergantung kepada buku peta…kadang2 main agak2 jer pun….dengan nak bawak kereta…dan nak tengok peta cari jalan lagi…kalau agaknya terserempak dengan polis dah kena saman kot…

Itu la kesusahan yg saya lalui dulu…selama 4 tahun saya di sana boleh kata hampir 3.5 tahun saya bekerja….yang tak kerja cuma setengah tahun pertama sebab masih cuba menyesuaikan diri duduk di negara orang…

Nanti kita sambung cerita ni….