+6017-7797900 (En. Andi)
admin@homestaytawakkal.com

homestay tawakkal

Kereta & cuti

Yea….cuti sekolah dah mula….jom jalan2 makan angin!

Mungkin itu yang akan anda katakan bila dah rasa lama sangat tak bercuti. Siapa yang tak
suka bercuti, dapat ke destinasi yang tak pernah lagi kita sampai. Dengan pemandangan
yang menarik serta pilihan makanan yang pasti membuka selera, percutian memang jadi
perkara yang ditunggu2 lebih2 lagi buat anak2.

Namun dalam keseronokan untuk bercuti ada baiknya anda memastikan kereta dalam
keadaan yang baik sebelum memulakan perjalanan.

Di sini saya sediakan senarai yang perlu anda ambil tahu mengenai kereta:-

1) Tayar
Pastikan tayar mempunyai bunga yang tebal untuk memastikan kereta mempunyai
cengkaman yang mencukupi lebih2 lagi bila berada di jalan yang basah serta licin. Paling
bagus hantar kereta untuk pemeriksaan tayar dan buat alignment dan balancing tayar. Minta
pekerja untuk melihat jika ada paku atau skru yang berkemungkinan melekat di tayar yang
boleh menyebabkan kebocoran angin. Juga penting untuk memastikan tayar ganti (spare)
dalam keadaan yang baik sebagai langkah berjaga2 terutama jika tayar sedia ada pancit
atau pecah.
Juga penting untuk pastikan tekanan angin yang bersesuaian dengan muatan penumpang
dan barang yang akan dibawa.

2) Servis berkala
Kenderaan sudah di servis mengikut jadual yang ditetapkan (minyak hitam mencukupi,
minyak brek, air dan lain2)

3) Lampu berfungsi
Perkara ni nampak macam jarang berlaku. Namun bila kita berada di tempat orang, kadang2
bukan mudah untuk mencari kedai bila berlaku sebarang kajadian yang tak diingini. Jadi
pastikan lampu semua menyala bila dihidupkan. Kos menukar mentol yang terbakar
kebiasaan tidak mahal, jadi jika ada mentol yang terbakar atau kurang terang ada baiknya
terus ditukar.

4) Brek
Benda ni yang sedikit sukar untuk dilihat secara mata kasar. Namun amat penting serta
perlu dipastikan yang ianya berfungsi sempurna. Cara mudah ialah bawa ke mekanik yang
berdekatan dengan anda. Kebiasaanya ada beberapa cara untuk memastikan ia berfungsi
dengan baik. Pertama apabila pedal brek dipijak, ia tidak perlu ditekan banyak (atau
sehingga ia tidak boleh ditekan lagi). Selain itu boleh pastikan minyak brek berada diantara
tahap minimum dan maksimum (terletak di ruang enjin).

5) Tingkap
Boleh dinaik turun seperti biasa tanpa motor berbunyi kuat atau geseran yang
memperlahankan pergerakan. Walaupun tak terlalu penting tapi keselesaan anda
sekeluarga mungkin terganggu jika tingkap tidak boleh ditutup!

6) Lesen memandu
Ini tidak kurang penting sebab kita tak tahu jika polis tengah rajin buat rondaan dan anda
ditahan dan lessen memandu sudah tamat tempoh.

7) Cukai jalan
Walaupun cuma perlu diperbaharui setiap setahun sekali, namun kadang2 kesibukan
kehidupan harian boleh membuatkan anda lupa mengenai perkara ni. Hanya tengok cermin
depan dan anda sudah tahu jawapannya.

8) Insuran
Ni sama penting dan sepatutnya seiring dengan Cukai jalan. Jadi kalua dah ada cukai jalan,
insuran pun sepatutnya dah sedia.

9) Lampu picit

Ini sebenarnya bukan sebahagian daripada kereta anda. Namun tidak sukar untuk dapatkan
sebuah lampu picit untuk kegunaan sewaktu kecemasan. Bagus untuk sediakan payung
sebelum hujan!

10) Pemadam api kebakaran (Fire extinguisher)
Sama seperti lampu picit, alat ini juga penting sewaktu kecemasan. Anda tak tahu bila
kecemasan akan berlaku.

11) Alat lengkap untuk tukar tayar
Ini juga penting bila tayar perlu ditukar. Tanpanya tayar ganti tak berguna.

Harap perkongsian ini membantu anda bercuti dengan lebih aman bersama keluarga. Dah
nama pun bercuti, mestilah nak enjoy kan!

013 799 7900
homestaytawakkal@gmail.com
#homestaytawakkal
#izzhomestay
#no1injohor